Wednesday, May 23, 2007

Kenyataan Akhbar: WAJIBKAN SISTEM LATIHAN DALAM KUMPULAN (HALAQAH) DI DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


Sistem pendidikan di Malaysia telah bermula semenjak penggubalan Dasar Pendidikan Negara. Dasar ini telah diperakui dan diteruskan menerusi Jawatankuasa Pelajaran Razak atau lebih popular dengan Laporan Razak yang ditugaskan untuk memperakukan kepada kerajaan suatu sistem pelajaran (pendidikan) yang dapat diterima oleh semua kaum dalam Persekutuan secara keseluruhannya. Antara kejayaan melalui Laporan Razak ialah memperkenalkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kemudian ia disusuli dengan Jawatankuasa Kaji Semula (Education Review Committee) yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu Abdul Rahman Talib, untuk mengkaji kemajuan perlaksanaan dasar kerajaan berdasarkan Laporan Razak. Menerusi Laporan Rahman Talib ini, istilah sekolah kebangsaan diguna pakai (menengah dan rendah). Hasil dari semua usaha yang telah dibangkitkan maka kita kini mengecapi satu sistem pendidikan yang bersepadu dalam mendidik anak bangsa kita. Namun system sediakala ini kurang memberi impak dan kesan khususnya kepada bangsa melayu, Maka bangsa kita walaupun telah melalui sistem ini masih lagi berlaku keciciran dari sudut akhlak dan rohani.


Akhlak dan rohani menggambarkan sifat zahir seseorang manusia. Sikap ini mampu dipupuk dan dihayati melalui sistem pendidikan. Saya bukan beranggapan bahawa keseluruhan sistem pendidikan kita bermasalah bahkan saya melihat kita semakin bergerak setapak demi setapak kehadapan. Kita kini telah mengasingkan kementerian yang bertanggungjawab dalam sistem pelajaran dan pendidikan kepada dua iaitu kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi. Kementerian pelajaran dibebani tugas untuk memantau sistem pengajian di peringkat sekolah menengah dan rendah manakala kementerian pengajian tinggi diberikan tugasan untuk menyelidiki kemampuan dan pendidikan institusi pengajian tinggi di negara kita. Oleh itu, pembahagian ini menggambarkan usaha kerajaan yang bersungguh – sungguh untuk menilai dan menaik taraf (upgrade) sistem yang sedia ada. Sungguhpun begitu, saya berpandangan bahawa kejayaan sistem ini dapat diperkukuhkan melalui sistem Latihan Dalam Kumpulan (LDK) ataupun disebut sebagai halaqah di dalam bahasa arab dan study circle di dalam bahasa Inggeris.span class="fullpost">

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) atau halaqah ini selalunya diimplementasikan di dalam program atau bengkel – bengkel motivasi. Fungsi dan tujuannya ialah untuk memperkukuhkan semangat ukhwah, setiakawan serta beberapa peringatan (tanbih). Metodologinya ialah berasaskan kepada sekumpulan pelajar yang berkumpul secara kecil-kecilan. Bilangan ahli kumpulan tertakluk kepada budi bicara penganjur (jika program). Secara tradisinya ahli bilangan ahli kumpulan tidak melebihi dua puluh orang kerana ia bagi memudahkan setiap ahli berinteraksi dengan baik dalam jumlah bilangan yang kecil. Setiap kumpulan ini akan diketuai oleh seseorang yang dilantik dan dikenali sebagai fasilitator atau naqib (dalam bahasa arab). Sukatan perbicangan tertakluk kepada objektif yang ingin dicapai oleh program berkenaan. Ini hanyalah gambaran ringkas berkenaan halaqah (LDK) yang dapat diterap melalui system persekolahan menengah dan pengajian tinggi.


Contoh yang terbaik dapat diteladani dan diikuti ialah melalui aktiviti ko-kurikulum yang dipelopori oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Halaqah (LDK) telah menjadi satu kewajipan kepada seluruh penuntut universiti ini. Ia telah menjadi satu aktiviti ko-kurikulum wajib diambil setiap penuntut tidak kira pelajar tempatan mahupun pelajar antarabangsa. Namun begitu, halaqah ini hanya mempunyai dua modul yang bermaksud pelajar hanya perlu menduduki sesi ini selama dua tahun. Sesi ini bertujuan bagi meningkatkan penghayatan agama (spiritual enhancement) dan memahami realiti masalah kontemporari (contemporary social reality) serta kehendak masyarakat (society needs). Melalui sesi ini para pelajar akan dinilai melalui pembentangan (presentation) dan tugasan (assignment) yang perlu disiapkan sepanjang sesi ini berjalan. Tajuk pembentangan dan tugasan diberikan melalui satu kit modul dan silibus yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Pelajar (Students Development Division) dibawah seliaan Pusat Aktiviti Ko-Kurikulum (CCAC). Di samping itu, pelajar juga wajib menghafal beberapa surah harian serta mengikuti khemah ibadah yang telah ditetapkan. Hasil keputusan yang dilalui oleh seorang pelajar sepanjang semester itu dalam halaqah (LDK) ini akan dimasukkan di dalam Penilaian Gred Purata Keseluruhan (CGPA). Selain itu, pihak universiti akan memilih fasilitator atau naqib yang berkualiti melalui temuduga dan mereka akan mengikuti kursus khas yang diselia saban semester.




Bahkan berita berkaitan kebobrokan moral dan nilai diri mahasiswa UIAM boleh dikatakan tidak pernah berkumandang di corong radio atau terpapar di dada akhbar. Inilah merupakan hasil tuaian dari system halaqah (LDK) yang diaplikasikan selama ini. Kita ingin melihat system ini berkembang biak melalui system pendidikan di peringkat sekolah menengah agar semua pelajar yang tidak berpeluang memasuki IPT dapat menghayatinya dengan lebih awal.



Perkara yang boleh dimanfaatkan melalui system ini ialah perkongsian bijak antara naqib dan pelajar (peserta). Mereka akan berbincang berkaitan penyelesaian masalah sosial negara dan mengaplikasinya dalam kehidupan harian. Secara realiti, UIAM harus berbangga kerana universiti tersebut masih merangkul antara tempat teratas dalam menangani gejala social mahasiswa. Mahasiswa di universiti ini masih lagi mengamalkan nilai Islam samada di dalam universiti mahupun di tengah – tengah kesibukan ibu kota. Bahkan berita berkaitan kebobrokan moral dan nilai diri mahasiswa UIAM boleh dikatakan tidak pernah berkumandang di corong radio atau terpapar di dada akhbar. Inilah merupakan hasil tuaian dari system halaqah (LDK) yang diaplikasikan selama ini. Kita ingin melihat system ini berkembang biak melalui system pendidikan di peringkat sekolah menengah agar semua pelajar yang tidak berpeluang memasuki IPT dapat menghayatinya dengan lebih awal. Saya juga berpendapat bahawa melalui system ini ia merupakan satu mekanisme baru dalam menangani masalah gansterisme dan buli di sekolah. Di samping itu, halaqah ini juga perlu diterap di semua IPTA seluruh Negara. Masalah teknikal berkaitan modul dan silibus bukanlah satu alasan untuk tidak mengimplementasikannya. Pihak kementerian yang berkaitan boleh menjemput wakil pentadbir UIAM untuk membentangkan kertas kerja berkaitan halaqah (LDK). Malahan modul ini dapat diperkemaskan melalui kerjasama institusi mufti, JAKIM dan badan agama negeri. Panel – panel penasihat dan pemantau boleh dilantik dan diberikan kursus khas bagi menghadam projek baru ini. Sekiranya projek ini dapat direalisasikan, maka sedikit sebanyak kita telah menyahut seruan perdana menteri yang menekankan aspek modul pembinaan insan.

Harapan kita ialah melalui system ini kita dapat mensasarkan pelajar melayu terutamanya mereka yang beragama Islam agar dapat menghayatinya. Ini bagi mengelakkan diri anak bangsa kita dari terus terjerumus dalam kancah maksiat dan gejala social. Jadikan system ini sebagai satu eksperimen awal dan dikhususkan kepada pelajar melayu. Mungkin pada suatu hari nanti, kita boleh kembangkannya kepada pelajar yang berlainan bangsa dan agama.

No comments:

:: TranungKite Online v3 ::