Tuesday, May 29, 2007

Keputusan Mahkamah Kes Azlina Jailani

Mesyuarat PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA) di Anjung Rahmat malam tadi telah diadakan. Beberapa ketetapan telah dibuat berhubung Kes Azlina Jailani @ Lina Joy yang akan diputuskan pada esok hari 30 Mei 2007 di Mahkamah Persekutuan, Palace Of Justice, Putrajaya.

• Solat Hajat Seluruh Negara:
Seluruh umat Islam diseru untuk sama-sama mengerjakan Solat Hajat selepas Isyak di seluruh masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara pada hari Selasa 29 Mei 2007 agar keputusan Mahkamah Persekutuan 30 Mei 2007 mengenai kes Azlina Jailani memihak kepada Islam. Pihak PEMBELA menggesa agar semua pihak yang prihatin tentang isu ini menyebarkan mesej ini & menggerakkan majlis solat hajat di tempat masing-masing.

• Tanda Keprihatinan
Bagi wakil-wakil NGO, Parti Politik, Umat Islam dan yang akan menghadiri sidang mahkamah pada 30 Mei 2007 , tuan-puan dijemput hadir lebih awal iaitu bermula jam 8:30 pagi bagi mengambil tempat untuk mendengar keputusan.

Kita berkumpul hari tersebut untuk mendengar keputusan kes Azlina Jailani oleh Mahkamah. Perhimpunan ini bagi menzahirkan keprihatinan kita terhadap masa depan Islam di negara kita. Ia tidak bertujuan menimbulkan permusuhan dengan mana-mana pihak, jauh sama sekali mencetuskan suasana ketegangan. Sebarang silap-laku dipihak umat Islam yang hadir akan digunakan untuk memburukkan imej Islam dan Umat Islam di Malaysia. Juga tidak mustahil bahawa ada pihak-pihak tertentu yang akan cuba mencetuskan provokasi dan ketegangan untuk tujuan yang sama.

Dengan latarbelakang tersebut, PEMBELA menyenaraikan garis panduan berikut untuk dipatuhi oleh semua hadirin demi kebaikan bersama :

(a) Mengambil tempat dengan tenang dan menunggu dalam keadaan duduk. Sangat digalakkan berada dalam keadaan wudhuk dan mengisi waktu dengan munajat dan dzikruLlah.
(b) Pimpinan utama organisasi dan peguam berkaitan perlu diberikan keutamaan untuk masuk ke ruang dalam Mahkamah.
(c) Orang ramai berkumpul di luar perkarangan Mahkamah.
(d) Laporan selari mengenai keadaan di Mahkamah akan diberikan dari masa ke semasa.
(e) Dilarang meninggikan suara, mencerca atau mengutuk sesiapa.
(f) Pastikan suasana terkawal dan aman.
(g) Berikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis dan pengawal.

PEMBELA juga akan menugaskan beberapa orang wakil khas untuk membantu mengawal suasana selari dengan garis panduan di atas. Semua yang hadir diharap dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada mereka.

Kes Azlina Jailani @ Lina Joy DIPUTUSKAN pada :
Esok hari 30 Mei 2007
Mahkamah Persekutuan, Palace Of Justice, Putrajaya.
Hadirkan Diri Beramai - Ramai sebagai tanda sokongan ANDA!!!

Islam itu Lebih Tinggi dan Tiada yang Lebih Tinggi Darinya.

No comments:

:: TranungKite Online v3 ::