Sunday, November 19, 2006

Mufti Kerajaan Negeri Perlis Yang Baru.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilantik Mufti Perlis berkuat kuasa 1 November lalu sekali gus menjadi mufti termuda di negara ini.

Beliau yang berumur 35 tahun, ialah pensyarah Pengajian Islam di USM sejak 2003 dan dipinjamkan sebagai Mufti Perlis untuk tempoh dua tahun.

Dr Mohd Asri dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahya Hussin yang kini dilantik Penasihat Agama Perlis, selepas memegang jawatan mufti selama 23 tahun.


"Dalam tempoh dua tahunini saya mahu meningkatkan pembangunan ilmiah dan minda
umat Islam di Perlis"- Dr Asri Zainal Abidin


Watikah pelantikan Dr Mohd Asri disampaikan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Arau, di sini, semalam. Hadir sama, pegawai tinggi kerajaan negeri termasuk Pegawai Kewangan negeri, Musa Hassan. Mohd Asri, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang, itu adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Perlis tahun ini.

Latar Belakang Pendidikan:
Kolej Islam Klang
Sarjana Muda, Universiti Jordan dalam bahasa Arab dan Syariah
Sarjana USM,Pengajian Islam
Doktor Falsafah (PhD) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Pengajian Hadis

No comments:

:: TranungKite Online v3 ::